AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM !!

Jom aaaa cakap Arab!!

Wednesday, October 24, 2012

URUS HARTA DENGAN WASIAT


Wasiat Orang Islam (WOI)

Assalamualaikum wrh wbt dan Salam Sejahtera!

Pernahkah anda terfikir tentang keperluan membuat wasiat? Ataupun ianya sangat tidak penting hingga kebanyakkan kita ambil mudah tentang kepentingan ibadah ini?

  • ·         Hah? Aku bukan nak mati lagi…
  • ·         Bukan ada harta sangat nak buat wasiat-wasiat ni..
  • ·         Faraid kan ada, buat apa wasiat lagi?
  • ·         Pandai-pandailah waris aku buat, aku dah mati anyway..
  • ·         Rilekslah, anak lelaki aku lawyer. Dia buleh settlekan.


Hoho, inilah antara jawapan yang biasa, TERSANGAT BIASA kita dapat bila ditanya tentang wasiat.
Benarkah segala jawapan ini?

Sebelum saya ceritakan apa faedah membuat wasiat ini, dan menjawab tanggapan2 di atas, cuba renungkan 2 kes di bawah. Bukan dibuat-buat, pernah saya sendiri alaminya ketika mengurus kes pusaka pada tahun 2008.


KES 1

Encik A mempunyai  seorang isteri, ibu, 2 anak lelaki serta 3 orang anak perempuan. Tahun 1990, beliau telah kembali ke rahmatullah dan di saat itu waris beliau hanyalah 7 orang dan meninggalkan harta pusaka bernilai RM2.5 juta keseluruhannya. Arwah meninggal tanpa wasiat.

Salah seorang anak perempuan gagal bekerjasama ketika urusan pusaka hendak dibuat, dan mengakibatkan tiada kesepakatan antara waris dapat dibuat tentang urusan pusaka. Gaduh punya gaduh, kerana anak perempuan ini tidak setuju abang sulungnya yang akan dilantik urus pusaka. Beliau mahukan hak itu (mungkin atas dasar mahukan upah urus pusaka yang agak tinggi). Tanpa disedari masa dah berlalu hampir 10 tahun.

Masa itu salah seorang anak perempuan dah meninggal dunia  dan meniggalkan waris seramai 5 orang. Nah, jika pusaka dapat dibahagikan pun setelah 10 tahun, dari 7 orang, harta tersebut mesti dibahagikan kepada 11 orang sudah! Maka, bahagian semakin mengecil.

Itupun kalau dapat dibahagikan dengan cepat, dan jika anak perempuan yang bising-bising tadi setuju dengan perlantikan abang sulung mereka!




KES 2

Encik Terry Lee baharu sahaja memeluk Islam pada tahun 2008 dan ketika itu beliau mempunyai  seorang ibu dan ayah yang masih belum memeluk Islam. Pada Januari tahun 2010, beliau menikahi seorang wanita Cina Muslim dan terus hidup bahagia. Takdir Allah memutuskan, penghujung 2011 Encik Terry kembali menghadap Ilahi dan meninggalkan seorang isteri, anak perempuan, adik lelaki dan kedua ibu bapa.

Hanya isterinya sahaja yang layak mendapat pusakanya bernilai RM3 juta, itupun hanya 1/8, dan anak perempuan  sebanyak ½ .

Bakinya? Terus ke Baitulmal!

Adakah adik lelaki dan kedua ibu bapanya yang belum Islam itu mendapat apa-apa hak pusaka dalam Islam?

Jawapannya adalah TIDAK!. Walau sesen pun! Akhirnya bergaduhlah antara keluarga Allahyarham dengan adik serta ibu bapanya yang belum Islam. Langsung tidak memberi contoh yang baik kepada agama kita, kan?


KEMBALI KEPADA REALITI

Setelah anda membaca kedua kes ini, adakah anda PASTI yang merancang pusaka tidak penting?

Jika jawapan anda adalah YA, maka anda adalah seorang yang bijak dan apakah bijak disisi Islam? Orang yang banyak mengingati mati (zikr al maut)… Alhamdulillah….

Jika jawapan anda TIDAK, mungkin anda belum pernah terlibat dalam 1001 masalah pusaka di Malaysia ini. Jangan baru terhantuk baru terngadah!

Sambungan cerita akan dibuat di masa akan datang. Tunggu…….

RANCANG PUSAKA ANDA SEKARANG! Hubungi saya, Mohd Hafiz (LLB Hons) di
019 372 9180 atau emailkan ke: randori18@yahoo.com


Sunday, August 19, 2012

Pakej Umrah 2013 kelolaan AshHar Travel & Tours Sdn Bhd


UMRAH 2013
                Pakej Umrah 2013, call saya untuk info lanjut: 019 372 9180 (Hafiz)