AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM !!

Jom aaaa cakap Arab!!

Wednesday, December 15, 2010

Tegur solat lambat..

Assalamualaikum w.b.t.

Soalan: Kef Haa lak? (Apa habaq?)
Jawab: Bi khair, alhamdulillah... (Baik, Alhamdulillah)

IKIM.FM

Hari ni, semasa dalam kereta, aku dengar pelajaran dalam IKIM.FM. Dah lama tak dengar, sesekali dengar memang best. Macam biasa aku terus catat pelajaran Hiwaar (perbualan) antara Dr, Majdi dan Ukt Mona Jasman.

Sebab apa aku promote sangat IKIM.FM ?

Sebab pelajarannya sistematik dan perbualannya praktikal. Dr. Majdi akan ajar satu perkataan dan dia akan gunakan perkataan tu untuk pelajaran setiap hari. Di samping vocabulary baru setiap hari, perkataan yang sama diajar akan ditunjuk cara penggunaannya setiap hari, dalam ayat yang berbeza-beza.

Ad-Darsul Awwal (Lesson One)

Perkataan hari ni:

HAYYA BINAA (JOM, MEH LA KITA...)

(A) Syed : Hal dakhala waqtu az-zuhri?

Hal: adakah
Dakhala: telah masuk
Waqtu: waktu
Az-Zuhri: zohor

(B)  Osman: Na'am, qabla nisfi as-Saa'ah
  
Na'am: Ya
Qabla: Sebelum
Nisfi: Setengah
As-Saa'ah: Jam 

[ Maksudnya: Ya, setengah jam (30 minit) lepas ]

(A) Syed: Hal Sollaita?
  
Hal: Adakah
Sollaita: Awak dah solat?

(B)  Osman: Lamma 

Lamma: Bolum laie...

(A) Hayya Bina, Nusolli jamaa'atan!

Hayya Bina: Jom la kita..
Nusolli: Kita solat
Jamaa'atan: Berjemaah

Dr. Majdi ni akan gunakan perkataan yang sama (HAYYA BINA) untuk pelajaran esok sekali, tapi dalam ayat yang berbeza. So, pendengar belajar vocabulary baru hari-ini dari Hiwaar dan confirm tak lupa HAYYA BINA tu, sebab diguna hari-hari dalam lesson dia.

So, itu je la pelajaran hari dari IKIM.FM. Jika saya ada tersilap catat ke, terjemah ke, minta tegur ya..

Syukran Jazilan (Terima kasih)

Tisbah 'Ala Kheir (Good Night!!)



Yang suko mengaji bahasa Arab,

RM Hafiz
15 Disember 2010

Alahai, ujian pulak...

As'adallah Masaa akum!!

Camne boleh overlook  petang semalam ada  penilaian bahasa arab untuk tourist guide nih?  

Selepas membuat kerja dengan busy semalam aku datang kelas pukul 1800. Aduh, ada ujian bertulis dan ujian pembentangan (oral presentation). Dengan kelam kabut, aku jawab ujian bertulis dan hantar.

Dapat result terus, sebab aku submit paper tu awal. Ustazah Zalika terus tanda dan bagi markah. Haha, terbukti memang Nahu aku belum cukup bagus, dapat 94% je. Arghh, melepas dapat full mark!

GERAM

Sedikit geram sebab entah siapa yang pergi ambil wudhu pakai SANDAL aku yang dibuat dari kulit tu. Ingat senang nak kering ke...? Arghh, tapi takpe. Mungkin sebab SANDAL tu dah nak nampak buruk kot, sebab tu ada orang ingat selipar toilet. Hu Hu, kecik hati....

PRESENTATION MULA!!

Aku tak prepare langsung dengan presentation nih. Lepas Kak Safiah, En. Iqbal dan Abang Osman buat pembentangan, sampai la giliran aku. Perghh, memang tak prepare hapaaa pun.

Among the worst Arabic presentation, I guess. Mula-mula OK, sebab semata-mata cerita fasal diri sendiri. Pastu, kena undi untuk tajuk pembentangan. WARGHH, dapat tajuk yang paling tak best.

'Ceritakan tentang Kementerian Pelancongan, Malaysia! '

Memang la bosan tajuk nih, tapi aku cuba la juga. Dalam aku goreng2 tu, terlupa lak perkataan 'lesen' dalam bahasa Arab (rukhsoh), tapi aku goreng juga kata pemandu pelancong mesti mendapatkan 'bithaaqah' atau KAD sebelum dibenarkan bekerja sebagai TG (tour guide) kat Malaysia. Aku sepatutnya cakap 'lesen' atau 'Rukhsoh', bukannya 'bithaaqah'. Biarlah....

Aku pelik sebab ada classate cakap aku buat presentation bagus, padahal Abang Osman Al-Terenjanuwi buat jauh lagi bagus dan menghiburkan. Memang tak kualiti sangat presentation aku semalam, tapi nak buek camno...

Aku terus balik setelah dapat kebenaran ustazah sebab ada  beberapa surat rasmi nak kena tandatangan. Dengan kelam kabut aku balik dan habiskan kerja yang kena buat. Hari ni kena tido awal, sebab kul 0315 dah nak kena bangun pagi, hantar maid  mak aku balik Indonesia, melalui LCCT.

Tak tido mana pun, sebab takut terlajak......

Wassalam

P/s: Hari ni kena siapkan nota untuk classmates dan sebelum tu kena minta Abang Suraji check dulu.

Okeh, jumpa hari Khamis ya...!



Yang tengah rajin nak menulis,

RM Hafiz
15 Disember 2010


Tuesday, December 14, 2010

Dari BENCHI kepada CHINTA... PART TWO

sambungan...

INTIS

Terlambat.

Aku seolah dah terlambat untuk minat bahasa Arab sebab dah habis sekolah. Result Arab SPM lak teruk dan menjejaskan result SPM aku yang agak OK. Lama kelamaan perasaan negatif tu hilang dan mula bersemangat balik.

Lepas SPM, aku bagitau FAMA (Father & Mother) yang kalau boleh aku nak sambung belajar Arab. Alhamdulillah, dapat peluang belajar di INTIS (Institut Teknologi Ibnu Sina, Seri Gombak) selama 3 bulan, INTENSIF! 

Kat situ, walaupun aku minat Arab tapi perangai lama masih belum berjaya dibuang, iaitu MALAS. Walaubagaimanapun, aku dapat kekuatan baru selepas 3 bulan kat INTIS, iaitu keyakinan untuk bercakap. Ini semua atas hasil usaha INTIS dan para ustaz/ustazahnya yang memaksa kami bercakap Arab sepanjang 3 bulan.

Ustaz ajar Balaghah, ustaz dari Sudan. Ustazah ajar Nusus, dari Mesir. Ustaz2 Melayu memang sengaja tak mau cakap Melayu, so teknik memaksa tu sangat berjaya! Aku graduate dari INTIS dengan Jayyid je [result tahap macam CGPA 3.0 kot :) ] tapi perasaan yakin bercakap Arab tu tinggi dan bersemangat (walaupun sampai sekarang tak terer baca penulisan Arab dengan baik). Pada aku, keyakinan bercakap tu penting, dan aku dah hilang rasa rendah diri kat kawan2 yang memang power Arab masa SPM dulu (yang dapat A1, A2).

IIUM

Alhamdulillah, aku mendapat tempat di universiti yang memang aku target. Logik la juga, kenapa UIA jadi pilihan hati - NAK MAHIR BERBAHASA ASING sebab kat sana penuh dengan pelajar 'foreigner'.

Dari tahun 2000 sampai 2006 aku berkubu kat UIA, menuntut jurusan yang aku tidak lah 100% minat - LLB (Sarjana Muda Undang-Undang). Walaupun pernah nak tukar course dulu, tapi tak berjaya dan aku stick dengan jurusan ni. Tambahan pula, ilmu Undang-undang ni penting kalau nak berniaga ke, bekerja ke, apa2 lah, so aku stay je mengaji course Law ni (selepas ini disebut sebagai AIKOL, Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws). Ayah aku juga ada mengatakan yang kalau nak pilih jurusan lain ke apa, habiskan dulu LLB kat AIKOL nih. Alhamdullilah, selesai dan berjaya graduate dari AIKOL dengan 'biasa-biasa' je :)

FAEDAH UIA...? 

Walaupun aku tidak amik course Syariah, atau Ilmu Wahyu, mahupun Bahasa Arab di UIA, ia tidak sedikitpun mengurangkan minat aku pada bahasa Arab. Banyak faedah 'mengaji' kat UIA nih, antaranya dapat jumpa dan practice bahasa Arab dengan pelajar asing yang ramai kat sini. Walaupun course di AIKOL tidak ramai foreigner seperti course2 yang lain, aku still akan menyibuk2 jumpa diorang. Untuk BERBUAL..
  
DI UIA, aku berlatih bela diri yang baru, di samping menjaga teknik2 lama yang dipelajari masa belajar Gayong dan Tae Kwon Do. Aku memilih untuk tak sambung Silat Gayong di UIA, tetapi memasang niat untuk sambung belajar Tae Kwon Do. Agak kecewa, Tae Kwon Do di UIA alirannya sedikit berbeza dari yang aku belajar di sekolah (Sekolah: ITF, UIA: WTF) so, aku memutuskan hanya untuk practice sorang2 je kat bilik :) . Di UIA inilah aku jatuh hati dengan suatu bela diri yang unik, iaitu Aikido dari aliran Aikikai. Suatu seni beladiri yang bersifat bertahan dan 'harmoni' dari negara Jepun.  
 
KAITAN BERLATIH AIKIDO DENGAN PENGUASAAN BAHASA?

Kali ni, rakan-rakan seperguruan aku bukan lagi semua orang Melayu. Meraka datang dari pelbagai negara. Antara  yang pernah aku training adalah dari Chad, Tajikistan, Vietnam dan juga Palestin. So, semestinya aku takleh cakap Melayu dengan depa ni, sama ada English atau bahasa Arab, sebab itulah bahasa pengantar di UIA. 

Sekali lagi, unsur PAKSAAN! 

Paksaan amat penting untuk kita belajar bahasa. Bahasa bukan subjek membaca semata-mata, tapi ia lebih kurang macam Matematik (I hate Maths.. ), kena praktis hari-hari sampai dah tak perlu fikir.

Tak terkecuali bahasa Arab, unsur paksaan membolehkan kita belajar bahasa dengan kadar yang lebih PANTAS. Percayalah, memang PANTAS kalau kita terpaksa cakap bahasa asing, so carilah suasana yang mana kita TERPAKSA bercakap bahasa Arab!  :)

Berbalik kepada Aikido, sudah ada senior2 aku yang mahir mengajar Aikido di dalam bahasa asing, termasuk bahasa Arab. Sensei Razi sebagai contoh, telah berjaya membuka dojo (gelanggang) Aikido di negara Arab iaitu di Jordan. Dan, secara tak langsung beliau terpaksa mengajar juga sedikit sebanyak di dalam bahasa Arab. Ini salah satu lagi faedah boleh berbahasa asing, boleh lebarkan sayap ke NEGARA LUAR!  

Di samping paksaan berbahasa asing dalam Dojo, aku juga terpaksa sebilik dengan orang luar. Cuba teka dari mana...?

*Clue: salah satu negara Afrika  :)

So, takde cara lain yang lebih pantas (pada pendapat aku la) untuk mahir berbahasa asing, selain memaksa diri dan meletakkan diri di dalam situasi yang kita tidak selesa (bak kata orang Putih: outside our COMFORT ZONE). Kalau duduk di negara Arab sekalipun, tapi hari-hari bergaul dengan orang Melayu dan cakap Melayu, takkan punyalah dapat mahir dalam bahasa Arab! Susahkanlah diri sedikit dan cuba2 lah bergaul dengan mereka [dan cuba la try masakan diorang, janganlah hari-hari 'makan budu/sambal belacan je'  :) ]

SOALAN: Betul ke Universiti Islam Madinah tak benarkan dua orang dari satu negara tinggal sebilik di kampus Universiti...?

DAH GRADUATE DAH, PASTU....?

Aku still menyimpan minat dan passion yang sama seperti dulu. Dan Alhamdulillah, aku dapat peluang belajar Arab di dalam suatu program antara yang paling praktikal sekali untuk belajar bahasa - menjadi PEMANDU PELANCONG!!

Bekerja sebagai pemandu pelancong boleh mengekalkan kemahiran bahasa yang ada, di samping boleh improve BERGANDA GANDA lagi cepat dari beberapa teknik belajar yang lain. Masakan tidak, berjumpa pelancong Inggeris atau Arab memang menuntut pemandu pelancong MAHIR berbahasa Arab. Bezanya, kali ni kena cakap betul2. Kalau salah info, buruk padahnya.

So, kerjaya ini sekali lagi menunjukkan UNSUR PAKSAAN amat penting untuk cepat communicate dalam bahasa asing. Berbual dan memberi taklimat/penerangan dalam bahasa Arab dengan pelancong2 yang bertutur dalam bahasa Arab JAUH LEBIH EFFEKTIF dari sesi belajar bahasa dalam kelas yang banyak bersifat sehala (one way communication).

* Saya tak kata belajar dalam kelas tak efektif,  ia amat bergantung kepada keupayaan guru yang mengajar. Kelas penting untuk belajar Nahu (grammar) contohnya, sebab kena tulis2, salin2 dan FAHAM. Cuma terdapat kelas2 yang terlalu menekankan Nahu dan kurang menggalakkan pelajar BERSEMBANG dalam bahasa Arab.

Apapun, two way communication paling berkesan dan jika ianya dah jadi suatu 'habit', maka bercakap bahasa asing akan menjadi jauh lebih semulajadi (natural).

CUKUP BAHASA ARAB BAKU... ?

Ustaz Hairul, seorang 'trainer' serta pemeriksa ujian bahasa Arab untuk pemandu pelancong berbahasa Arab pernah berpesan. 'Belajarlah sekali bahasa Ammi, iaitu bahasa colloquial. Bahasa kurang rasmi dan lebih bersifat 'conversational'. Bahasa Ammiah (bahasa pasar) ini pulak, berbeza mengikut negara.

Ammi Mesir lain.
Ammi Jordan lain.
Ammi Saudi lain.
Ammi Jazaair (Algeria) lain.

Walaupun depa semua ni buleh faham MSA (Modern Standard Arabic) atau bahasa Arab standard, tapi kebolehan bertutur dalam bahasa Ammi boleh menjadikan kita RAPAT dan lebih MESRA dengan diorang nih. Contoh mudah: Mesti la kita suka gile kalau time kita melawat Jepun contohnya, kita dapat tour guide yang boleh cakap bahasa Kelate, atau loghat Noghori instead of just bahasa Melayu standard. Bayangkan lah betapo happy nyo kito!! 

KHULAASOH (Kesimpulan)

Aku takdo la pandai bonar cakap Arab ni, tapi keberanian bercakap dan mencuba tu ada. So, aku mengajak semua agar kita sama2 cuba bercakap dan meningkatkan kemahiran bahasa Arab kita dari hari ke hari. MSA atau Ammi, dua-dua penting!!

Kalau ada kawan2 yang boleh mengajar atau ada kursus2 pendek/panjang yang best2 untuk kuasai bahasa Arab, bulehlah bagitau aku. Antum (korang) juga buleh letak advertisement/tips2/pengumuman/cadangan2 website kat blog ni supaya kita sama-sama buleh SHARE.

Itu saja, ADIOS!!


Coretan merepek,

RM Hafiz
14 December 2010
   





   

Monday, December 13, 2010

MACAMANO NAK PANDAI ARAB NIH...?

HAYYA NATAKALLAM BIL ARABIAH (JOM CAKAP DALAM BAHASA ARAB)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Selalunya budak-budak sekolah belajar bahasa Arab adalah untuk Exam. Yang mana yang betul-betul minat, akan masuk debat, syarahan, pidato bahasa Arab di sekolah.

Tapi, secara umumnya, pendapat saya adalah ramai antara mereka belajar semata-mata kerana exam atau sebab nak faham subjek agama. 

Untuk bersembang? TIDAK sangat...

BUKTINYA? Ramai yang hanya guna bahasa Arab dalam kelas je, luar kelas tak guna pun. Dan zaman kerja pun, ramai nak communicate dalam bahasa Arab pun samaada segan atau belum fasih. 

MASALAH KE? Sebenarnya takdo la masalah besar sangat kalau hanya guna bahasa Arab untuk exam atau nak fahami subjek2 agama, tapi RUGI la kalau kita takleh nak master dan praktis bahasa tu di dunia sebenar.

Betapa ramai yang mengaji bahasa Arab kat zaman sekolah ke, Universiti ke tapi akhirnya takut dan tak mahir nak berbual atau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Dari pengamatan saya yang tak seberapa ni, saya perasan hasil penulisan pun lebih banyak yang formal berbanding santai, tajuknya selalu 'skema' macam, 'Jiil Al-Quran' (Generasi Al-Quran), 'Al-Lughah, Miftaahul Ilm' (Bahasa, Kunci kepada Ilmu), Petaling Jaya Madinah Al Jadiidah (Petaling Jaya, Bandar yang Baru) dan lain-lain tajuk yang nampak formal.

ZAMAN SMAPK

Saya masih ingat ketika di SMAPK, seawal Form Two, ketika belajar bahasa Inggeris, guru akan galakkan kami tulis journal (ala2 macam diary) dalam English dan dia akan betulkan grammar serta ayat-ayat kami.

Tulis la apa-apa, kucing mati ke, adik melalak sampai kacau nak tidur ke, boyfriend yang membosankan ke atau sesimple karya ala autobiografi macam 'Aku sebuah kereta Kancil 850'. Dia akan minta submit dan dia akan betulkan.

Kenapa buat begitu?

Budak-budak tak stress bila mengaji bahasa dan jadikan ia seronok! Jangan limitkan kepada karya2 atau esei2 formal, tapi biarkan je student luahkan perasaan dalam diary, tetapi dalam bahasa asing! So, saya itulah yang saya selalu buat dari dulu sampai sekarang masuk alam kerjaya nih :) Adakala nota saya (mind map) di zaman universiti akan ada 3 bahasa (BM, English, Arabic), thanks to cikgu yang tanamkan minat luah perasaan dalam bahasa asing nih :)

TIPS

So, kita kena seronok dalam belajar bahasa dan jangan skema sangat. Berikut diperturunkan tips-tips untuk menguasai Bahasa Arab (maybe buleh apply kat bahasa asing lain skali kot) dalam keadaan seronok dan kurang tertekan. *Saya takde lah pandai sangat, tapi sekadar perkongsian ilmu saja, kalau salah tolong betulkan :)

Tips peribadi saya, yang kesemuanya telah dipraktikkan. Boleh ikut/tak nak ikut, tiada paksaan :) 

  • Tulis DIARY dalam bahasa Arab, walaupun tak terer tapi biasakan. Ia melatih otak paksa fikir dalam bahasa Arab.
  • Paksa diri JANGAN cakap bahasa Melayu bila dengan kawan2. Dari kecik cakap Melayu, sesekali tahan diri dari cakap Melayu apa salah nye..
  • Cari mana-mana ORANG ARAB yang ada, pastu sembang dengan dia dalam bahasa Arab. Biarkan dia nak gelak ke, apa ke, sembang je. Pengalaman saya, diorag suka kita cakap bahasa dia dan diorang memang sporting :)
  • TAKE NOTE apa-apa je iklan, papan tanda, pengumuman, notis dalam Bahasa Arab. Balik rumah buka kamus cari maksudnya.  
  • Belajar BAHASA AMMIAH juga (bahasa pasar Arab), sebab untuk bersembang Arab tak cakap formal. Dia akan guna bahasa sehari2 mereka, macam kita gak la. Takkan kita selalu nak sembang dengan kawan cakap, "Sulaiman, adakah anda telah pergi ke pejabat...? " DAAAA.....
  • PERGI negara Arab dan paksa diri berkomunikasi, buat lawak [kalau bergaduh pun best juga :) ] dengan orang Arab tempatan. Confirm, tak sampai setahun mesti kita pandai, Insya Allah!                  * Tengok je orang2 Bangladesh yang kerja kat sini, sokojap yo dah pandai cakap Melayu..
  • TEKANKAN aspek Vocabulary dan Perbualan, dari aspek Grammar. Nahu (Grammar) memang penting, tapi untuk komunikasi vocabulary lagi penting!
  • AJAR orang bahasa Arab. Tak semestinya Nahu, ajar Hiwaar (perbualan) pun OK. Sebab bila kita mengajar orang, otak kita lagi ligat berfikir untuk cari idea mengajar dan bersedia menghadapi dan menjawab setiap soalan pelajar2. Ingatan pun insya Allah akan kuat, bila kita selalu mengajar orang, sebab kita selalu guna bahasa tu :) 
  • Benarkan diri dan jangan takut BUAT SILAP. Kita tak boleh nak SEGAN dalam berbual bahasa Arab. Biarpun grammar kita atau vocabulary kita rendah, paksa diri bersembang. Jika ada kesilapan, orang yang mendengar boleh betulkan. Masa tu lah (ketika dibetulkan) kita akan dengar dan ingatan akan melekat dalam otak dalam tempoh yang lama. Sebab? Ianya 2 way communication!!
  • Untuk setiap vocabulary yang kita dapat, cari perkataan lain yang sama atau lebih kurang makna serta berlawanan (Antonym & Synonym, betul ke eja...? ) Contoh: Mutanawwi'ah (pelbagai) : Mukhtalifah (bermacam2). Zahaba (pergi) 'Aksuhu (lawannya) - Raja'a/ 'Aada (pulang). So, bila biasa buat begini, kita akan kaya vocabulary dan tak gelabah sangat bila nak bersembang dengan orang Arab...
 MEDIA MASSA

Abang Suraji, kawan saya merangkap ketua kelas kami untuk kelas Advanced Arabic for Tourism banyak memberi tips macamano nak pandai cakap Arab. Dia langsung tak kedekut ilmu dan suka share, mungkin sebab itulah Allah berikan kurnia kat beliau, beliau semakin pandai berbahasa Arab. Bila kita share ilmu, pahala pun dapat, Allah pun suka. Tak berkurang pun ilmu kita, lagi bertambah ada.

Saya selalu dengar radio IKIM.FM dulu, hampir setiap pagi on the way nak pegi mahkamah. Weekdays pukul 8.30am, kalau hari Jumaat dia ada buat revision (ulangkaji) dari pelajaran hari Isnin sampai hari Jumaat. Ada sesi berbual yang SANGAT PRAKTIKAL bersama Dr. Majdi serta Ukt (sister) Mona Jasman. Sessi diorang memang sangat best dan praktikal serta membina minat berbahasa Arab. Santai dan menyeronokkan. BELIEVE ME  :)

Tambahan kepada IKIM. FM, Abang Suraji ada galakkan kami baca surat khabar Utusan Malaysia setiap JUMAAT sebab ada segmen Bahasa Arab kat situ. Lupa dah nama gurunya, tapi segmennya bagus.  Beliau juga galakkan kami tengok ART, channel bahasa Arab kat Astro. So, bolehlah tambah2 ilmu. 

BUKU-BUKU BEST

Biarpun dah tulis kat blog lagi satu, nak tulis gak list buku2 best untuk belajar Arab kat blog sini.
  1. Survival Arabic, by Fethi Mansouri & Yousef Alreemawi. Tuttle Publishing.
  2. Thifl Al Qoryah (Kampong Boy, versi Bahasa Arab) by Dato' Lat. Published by ITNMB (Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad)
  3. Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa oleh Wan Rusli Wan Ahmad (ada CD lagi..)
  4. Fasih Berbahasa Arab, Melayu & Inggeris oleh Mohamad Nor Amin Bin Samsun Baharun

Haa, bila dah beli buku kena la baca sokmo. Alhamdulillah saya ada semua 'kitab-kitab' di atas dan kalau ada sesapa nak pinjam ke boleh la contact saya. List - list kat atas ni tidak 'exhaustive' atau bukan muktamad. Masih banyak lagi buku2, majalah2 yang bagus2 untuk dirujuk. Jika pembaca sekalian ada cadangan buku, majalah, bolehlah letak kat bahagian komen. Saya boleh update blog ni untuk tambah list2 tu.

Setakat ini sahaja, dah penat pula....

To be continued.....




  


Dari Benchi kepada Chinta.. PART ONE

BAHASA ARAB?  TAK COOL...


Dulu, aku memang tak berapa suka nak pergi sekolah menengah agama, lepas tamat sekolah rendah.


Sebab kena belajar Bahasa Arab. Hati ini ketika itu, lebih teringin nak belajar bahasa lain yang lebih 'cool' seperti Itali ke, Spanish ke, Japanese ke...


Tapi takdir menentukan, biarpun aku tak dapat masuk SMAKL (Sek Men Agama KL), antara sekolah yang budak2 apply masa Darjah 6, aku dapat tawaran lain. Bukan Victoria Institution, bukan St. John seperti dalam borang yang aku minta, tapi sekolah berasrama penuh (SBP) di Kajang. SMAP Kajang (Sek. Men Agama Persekutuan Kajang) adalah suatu tawaran yang besar dan tidak aku jangka sebab aku hanya 'score' full A dalam UPSR tapi takde pulak wakil sekolah ke, jadi pengawas ke, apa-apa ke. Ko-kurikulum memang OUT la.

Dikala bebudak lain memang dah banyak belajar bahasa arab, tajwid dan lain-lain ilmu agama kat sekolah rendah agama petang, aku pulak sedikit disadvantaged. Hanya sempat belajar Jawi, Tajwid, khatam Quran dan lain-lain tapi tak belajar Arab sebab mak aku tak dapat nak hantar kami (dengan adik lelaki aku) ke sekolah agama petang. So, kitorang buleh la tengok Flashman, Maskman petang2 dikala bebudak sekolah KL lain sibuk pergi sekolah agama petang :)

STILL BENCI

Aku mula sekolah menengah kat SMAPK dengan keadaan aku membenci bahasa Arab. Benci sebab lembab, tak faham2. So, aku end up dapat D, E paling terer pun C. Kitorang kalau di SMAPK ada sistem dalam belajar bahasa, macam kat universiti. Sebelum mula kelas Bahasa Arab atau Inggeris, kami akan diuji kemahiran bahasa dalam Pre-Test (Arab dan English). Kalau score, masuk Set One (kira yang memang dah agak power la dalam satu2 bahasa), kalau tak terer sikit masuk Set Two dan kalau lagi tak terer masuk Set Three.

Seingat aku, untuk English ada Set One sampai Set Three, tapi Bahasa Arab ada dua set je. Seperti dijangka, aku masuk Set Two dan terus menerus aku membenci Bahasa Arab sampai aku Form 3.

LE FRANCAISE

Sistem sekolah aku amat amat mementingkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum. Antara sistem yang aku sampai sekarang respect adalah wajibnya setiap student mula aja Form 1, untuk belajar 4 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, English, Lughah Arabiah dan akhir sekali, Bahasa Peranchis atau Le Francaise (betul ke aku ejaa? :) Batch setahun lepas kami aku dengar, wajib belajar bahasa Mandarin sekali ! Biar boto, Jang!!

Guru Peranchis kami sangat hebat. Antara guru terhebat mungkin, sebab dia juga antara panel tulis Kamus BM-Peranchis-BM tak silap keluaran DBP. Cikgu Romzi namanya, orang Kelate. Korang bayangkan orang Melayu cakap Peranchis tapi ada sikit2 bunyi Kelate, best gile ah kelas tu!!

Tapi, aku terbukti tak suka (masa tu) bahasa Peranchis dan aku fail peperiksaan bahasa Peranchis pada akhir tahun. So, setahun je la belajar Peranchis. Kitorang satu batch, tak kira yang lulus sampai Form 5 atau stuck kat exam French akhir tahun macam aku, mesti akan ingat satu perkataan dalam bahasa Peranchis.

Korang teka la :)

*Clue: 'Oink Oink'

TENDANG

Oleh sebab PMR aku teruk (4A, 4B dan 1C) dan Matematik serta Sains dapat B, aku takleh stay kat SMAPK. Ramai gak yang kena 'tendang' masa tu, termasuk aku. Menyesal tak sudah sebab malas belajar dulu, dah dapat asrama penuh belajar main2. So, aku balik menangis sebab berpisah dengan kawan2, nasyid sekolah, PSSGM (Silat Gayong) dan persekitaran sekolah. Cikgu2 pun confirm la aku rindu.

BLESSING IN DISGUISE

Rupa-rupanya mungkin ada hikmah aku kena 'tendang' dengan sekolah antara yang terhebat di Malaya tu. Aku masuk pula sekolah lain di Sg. Besar, SMKA Simpang Lima. Sekolah agama kerajaan juga dan antara yang terhebat di daerah Sabak Bernam. Walaupun aku mula-mula culture shock skit masuk sekolah ini, tapi lama-lama aku suka kat sekolah kat kampung, tepi pantai kat Selangor nih.

Udara nyaman, pokok banyak, keliling kampung, mak chik2 kantin dan cleaner yang baik2 (salah seorang offer kitorang singgah umah dan minum air gas masa merentas desa luar keliling sekolah :) semuanya buat aku suka sekolah baru aku. Guru2 pun power plus rakan-rakan serta senior2 yang best banget!

MARTIAL ART pulak...

Di sini aku bergiat balik Silat Gayong dan mula masuk martial art baru, ITF Tae Kwon Do. Since aku tak pandai bersukan, martial art aje la sukan aku, aku masuk dua-dua (Silat Gayong dan Tae Kwon Do) Secara tak langsung aku belajar Bahasa Korea masa buat teknik Tae Kwon Do. Pantang demo je, mesti aku suka nak join, Har Har. Kat sini aku lompat tali pinggang (Kup), dari Putih terus pergi Kuning. Orang panggil Jump Kyu/Kup lah..

USTAZ AZHAR

Benchi aku kepada Bahasa Arab berterusan sehingga Form 4 tetapi berubah bila aku masuk Form 5. Masa tu seorang ustaz yang aku respect telah membuatkan aku minat akhirnya bahasa Arab.

Reason? Dia sangat pandai mengajar! Sebenarnya dulu2 pun salah aku juga sebab tak nak belajar/ulangkaji sendiri, tapi kali ni ustaz ni berjaya buat aku berputik meminati Bahasa Arab. Dia siap guna nota dia kat universiti (Al Azhar kot) untuk bantu kefahaman kitorang. So, aku end up BARU NAK START MINAT BAHASA ARAB.

Sedihnya, aku tak cukup rajin dan hanya dapat 5 dalam SPM. Ceh, buat buruk aggregate aku aja :( Tidak berpuas hati dengan result, aku nekad belajar Arab lagi ketika dah habis SPM! 



To be continued... (dah lotih la taip nih)