Dulu, aku memang tak berapa suka nak pergi sekolah menengah agama, lepas tamat sekolah rendah.
Sebab kena belajar Bahasa Arab. Hati ini ketika itu, lebih teringin nak belajar bahasa lain yang lebih 'cool' seperti Itali ke, Spanish ke, Japanese ke...
Tapi takdir menentukan, biarpun aku tak dapat masuk SMAKL (Sek Men Agama KL), antara sekolah yang budak2 apply masa Darjah 6, aku dapat tawaran lain. Bukan Victoria Institution, bukan St. John seperti dalam borang yang aku minta, tapi sekolah berasrama penuh (SBP) di Kajang. SMAP Kajang (Sek. Men Agama Persekutuan Kajang) adalah suatu tawaran yang besar dan tidak aku jangka sebab aku hanya 'score' full A dalam UPSR tapi takde pulak wakil sekolah ke, jadi pengawas ke, apa-apa ke. Ko-kurikulum memang OUT la.
Dikala bebudak lain memang dah banyak belajar bahasa arab, tajwid dan lain-lain ilmu agama kat sekolah rendah agama petang, aku pulak sedikit disadvantaged. Hanya sempat belajar Jawi, Tajwid, khatam Quran dan lain-lain tapi tak belajar Arab sebab mak aku tak dapat nak hantar kami (dengan adik lelaki aku) ke sekolah agama petang. So, kitorang buleh la tengok Flashman, Maskman petang2 dikala bebudak sekolah KL lain sibuk pergi sekolah agama petang :)
STILL BENCI
Aku mula sekolah menengah kat SMAPK dengan keadaan aku membenci bahasa Arab. Benci sebab lembab, tak faham2. So, aku end up dapat D, E paling terer pun C. Kitorang kalau di SMAPK ada sistem dalam belajar bahasa, macam kat universiti. Sebelum mula kelas Bahasa Arab atau Inggeris, kami akan diuji kemahiran bahasa dalam Pre-Test (Arab dan English). Kalau score, masuk Set One (kira yang memang dah agak power la dalam satu2 bahasa), kalau tak terer sikit masuk Set Two dan kalau lagi tak terer masuk Set Three.
Seingat aku, untuk English ada Set One sampai Set Three, tapi Bahasa Arab ada dua set je. Seperti dijangka, aku masuk Set Two dan terus menerus aku membenci Bahasa Arab sampai aku Form 3.
LE FRANCAISE
Sistem sekolah aku amat amat mementingkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum. Antara sistem yang aku sampai sekarang respect adalah wajibnya setiap student mula aja Form 1, untuk belajar 4 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, English, Lughah Arabiah dan akhir sekali, Bahasa Peranchis atau Le Francaise (betul ke aku ejaa? :) Batch setahun lepas kami aku dengar, wajib belajar bahasa Mandarin sekali ! Biar boto, Jang!!
Guru Peranchis kami sangat hebat. Antara guru terhebat mungkin, sebab dia juga antara panel tulis Kamus BM-Peranchis-BM tak silap keluaran DBP. Cikgu Romzi namanya, orang Kelate. Korang bayangkan orang Melayu cakap Peranchis tapi ada sikit2 bunyi Kelate, best gile ah kelas tu!!
Tapi, aku terbukti tak suka (masa tu) bahasa Peranchis dan aku fail peperiksaan bahasa Peranchis pada akhir tahun. So, setahun je la belajar Peranchis. Kitorang satu batch, tak kira yang lulus sampai Form 5 atau stuck kat exam French akhir tahun macam aku, mesti akan ingat satu perkataan dalam bahasa Peranchis.
Korang teka la :)
*Clue: 'Oink Oink'
TENDANG
Oleh sebab PMR aku teruk (4A, 4B dan 1C) dan Matematik serta Sains dapat B, aku takleh stay kat SMAPK. Ramai gak yang kena 'tendang' masa tu, termasuk aku. Menyesal tak sudah sebab malas belajar dulu, dah dapat asrama penuh belajar main2. So, aku balik menangis sebab berpisah dengan kawan2, nasyid sekolah, PSSGM (Silat Gayong) dan persekitaran sekolah. Cikgu2 pun confirm la aku rindu.
BLESSING IN DISGUISE
Rupa-rupanya mungkin ada hikmah aku kena 'tendang' dengan sekolah antara yang terhebat di Malaya tu. Aku masuk pula sekolah lain di Sg. Besar, SMKA Simpang Lima. Sekolah agama kerajaan juga dan antara yang terhebat di daerah Sabak Bernam. Walaupun aku mula-mula culture shock skit masuk sekolah ini, tapi lama-lama aku suka kat sekolah kat kampung, tepi pantai kat Selangor nih.
Udara nyaman, pokok banyak, keliling kampung, mak chik2 kantin dan cleaner yang baik2 (salah seorang offer kitorang singgah umah dan minum air gas masa merentas desa luar keliling sekolah :) semuanya buat aku suka sekolah baru aku. Guru2 pun power plus rakan-rakan serta senior2 yang best banget!
MARTIAL ART pulak...
Di sini aku bergiat balik Silat Gayong dan mula masuk martial art baru, ITF Tae Kwon Do. Since aku tak pandai bersukan, martial art aje la sukan aku, aku masuk dua-dua (Silat Gayong dan Tae Kwon Do) Secara tak langsung aku belajar Bahasa Korea masa buat teknik Tae Kwon Do. Pantang demo je, mesti aku suka nak join, Har Har. Kat sini aku lompat tali pinggang (Kup), dari Putih terus pergi Kuning. Orang panggil Jump Kyu/Kup lah..
USTAZ AZHAR
Benchi aku kepada Bahasa Arab berterusan sehingga Form 4 tetapi berubah bila aku masuk Form 5. Masa tu seorang ustaz yang aku respect telah membuatkan aku minat akhirnya bahasa Arab.
Reason? Dia sangat pandai mengajar! Sebenarnya dulu2 pun salah aku juga sebab tak nak belajar/ulangkaji sendiri, tapi kali ni ustaz ni berjaya buat aku berputik meminati Bahasa Arab. Dia siap guna nota dia kat universiti (Al Azhar kot) untuk bantu kefahaman kitorang. So, aku end up BARU NAK START MINAT BAHASA ARAB.
Sedihnya, aku tak cukup rajin dan hanya dapat 5 dalam SPM. Ceh, buat buruk aggregate aku aja :( Tidak berpuas hati dengan result, aku nekad belajar Arab lagi ketika dah habis SPM!
To be continued... (dah lotih la taip nih)
kawan! Nice job! Santai n mesra pembaca.. =) all the best
ReplyDeleteTerima kasih :) - Penulis
ReplyDelete