AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM !!

Jom aaaa cakap Arab!!

Monday, December 13, 2010

MACAMANO NAK PANDAI ARAB NIH...?

HAYYA NATAKALLAM BIL ARABIAH (JOM CAKAP DALAM BAHASA ARAB)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Selalunya budak-budak sekolah belajar bahasa Arab adalah untuk Exam. Yang mana yang betul-betul minat, akan masuk debat, syarahan, pidato bahasa Arab di sekolah.

Tapi, secara umumnya, pendapat saya adalah ramai antara mereka belajar semata-mata kerana exam atau sebab nak faham subjek agama. 

Untuk bersembang? TIDAK sangat...

BUKTINYA? Ramai yang hanya guna bahasa Arab dalam kelas je, luar kelas tak guna pun. Dan zaman kerja pun, ramai nak communicate dalam bahasa Arab pun samaada segan atau belum fasih. 

MASALAH KE? Sebenarnya takdo la masalah besar sangat kalau hanya guna bahasa Arab untuk exam atau nak fahami subjek2 agama, tapi RUGI la kalau kita takleh nak master dan praktis bahasa tu di dunia sebenar.

Betapa ramai yang mengaji bahasa Arab kat zaman sekolah ke, Universiti ke tapi akhirnya takut dan tak mahir nak berbual atau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Dari pengamatan saya yang tak seberapa ni, saya perasan hasil penulisan pun lebih banyak yang formal berbanding santai, tajuknya selalu 'skema' macam, 'Jiil Al-Quran' (Generasi Al-Quran), 'Al-Lughah, Miftaahul Ilm' (Bahasa, Kunci kepada Ilmu), Petaling Jaya Madinah Al Jadiidah (Petaling Jaya, Bandar yang Baru) dan lain-lain tajuk yang nampak formal.

ZAMAN SMAPK

Saya masih ingat ketika di SMAPK, seawal Form Two, ketika belajar bahasa Inggeris, guru akan galakkan kami tulis journal (ala2 macam diary) dalam English dan dia akan betulkan grammar serta ayat-ayat kami.

Tulis la apa-apa, kucing mati ke, adik melalak sampai kacau nak tidur ke, boyfriend yang membosankan ke atau sesimple karya ala autobiografi macam 'Aku sebuah kereta Kancil 850'. Dia akan minta submit dan dia akan betulkan.

Kenapa buat begitu?

Budak-budak tak stress bila mengaji bahasa dan jadikan ia seronok! Jangan limitkan kepada karya2 atau esei2 formal, tapi biarkan je student luahkan perasaan dalam diary, tetapi dalam bahasa asing! So, saya itulah yang saya selalu buat dari dulu sampai sekarang masuk alam kerjaya nih :) Adakala nota saya (mind map) di zaman universiti akan ada 3 bahasa (BM, English, Arabic), thanks to cikgu yang tanamkan minat luah perasaan dalam bahasa asing nih :)

TIPS

So, kita kena seronok dalam belajar bahasa dan jangan skema sangat. Berikut diperturunkan tips-tips untuk menguasai Bahasa Arab (maybe buleh apply kat bahasa asing lain skali kot) dalam keadaan seronok dan kurang tertekan. *Saya takde lah pandai sangat, tapi sekadar perkongsian ilmu saja, kalau salah tolong betulkan :)

Tips peribadi saya, yang kesemuanya telah dipraktikkan. Boleh ikut/tak nak ikut, tiada paksaan :) 

  • Tulis DIARY dalam bahasa Arab, walaupun tak terer tapi biasakan. Ia melatih otak paksa fikir dalam bahasa Arab.
  • Paksa diri JANGAN cakap bahasa Melayu bila dengan kawan2. Dari kecik cakap Melayu, sesekali tahan diri dari cakap Melayu apa salah nye..
  • Cari mana-mana ORANG ARAB yang ada, pastu sembang dengan dia dalam bahasa Arab. Biarkan dia nak gelak ke, apa ke, sembang je. Pengalaman saya, diorag suka kita cakap bahasa dia dan diorang memang sporting :)
  • TAKE NOTE apa-apa je iklan, papan tanda, pengumuman, notis dalam Bahasa Arab. Balik rumah buka kamus cari maksudnya.  
  • Belajar BAHASA AMMIAH juga (bahasa pasar Arab), sebab untuk bersembang Arab tak cakap formal. Dia akan guna bahasa sehari2 mereka, macam kita gak la. Takkan kita selalu nak sembang dengan kawan cakap, "Sulaiman, adakah anda telah pergi ke pejabat...? " DAAAA.....
  • PERGI negara Arab dan paksa diri berkomunikasi, buat lawak [kalau bergaduh pun best juga :) ] dengan orang Arab tempatan. Confirm, tak sampai setahun mesti kita pandai, Insya Allah!                  * Tengok je orang2 Bangladesh yang kerja kat sini, sokojap yo dah pandai cakap Melayu..
  • TEKANKAN aspek Vocabulary dan Perbualan, dari aspek Grammar. Nahu (Grammar) memang penting, tapi untuk komunikasi vocabulary lagi penting!
  • AJAR orang bahasa Arab. Tak semestinya Nahu, ajar Hiwaar (perbualan) pun OK. Sebab bila kita mengajar orang, otak kita lagi ligat berfikir untuk cari idea mengajar dan bersedia menghadapi dan menjawab setiap soalan pelajar2. Ingatan pun insya Allah akan kuat, bila kita selalu mengajar orang, sebab kita selalu guna bahasa tu :) 
  • Benarkan diri dan jangan takut BUAT SILAP. Kita tak boleh nak SEGAN dalam berbual bahasa Arab. Biarpun grammar kita atau vocabulary kita rendah, paksa diri bersembang. Jika ada kesilapan, orang yang mendengar boleh betulkan. Masa tu lah (ketika dibetulkan) kita akan dengar dan ingatan akan melekat dalam otak dalam tempoh yang lama. Sebab? Ianya 2 way communication!!
  • Untuk setiap vocabulary yang kita dapat, cari perkataan lain yang sama atau lebih kurang makna serta berlawanan (Antonym & Synonym, betul ke eja...? ) Contoh: Mutanawwi'ah (pelbagai) : Mukhtalifah (bermacam2). Zahaba (pergi) 'Aksuhu (lawannya) - Raja'a/ 'Aada (pulang). So, bila biasa buat begini, kita akan kaya vocabulary dan tak gelabah sangat bila nak bersembang dengan orang Arab...
 MEDIA MASSA

Abang Suraji, kawan saya merangkap ketua kelas kami untuk kelas Advanced Arabic for Tourism banyak memberi tips macamano nak pandai cakap Arab. Dia langsung tak kedekut ilmu dan suka share, mungkin sebab itulah Allah berikan kurnia kat beliau, beliau semakin pandai berbahasa Arab. Bila kita share ilmu, pahala pun dapat, Allah pun suka. Tak berkurang pun ilmu kita, lagi bertambah ada.

Saya selalu dengar radio IKIM.FM dulu, hampir setiap pagi on the way nak pegi mahkamah. Weekdays pukul 8.30am, kalau hari Jumaat dia ada buat revision (ulangkaji) dari pelajaran hari Isnin sampai hari Jumaat. Ada sesi berbual yang SANGAT PRAKTIKAL bersama Dr. Majdi serta Ukt (sister) Mona Jasman. Sessi diorang memang sangat best dan praktikal serta membina minat berbahasa Arab. Santai dan menyeronokkan. BELIEVE ME  :)

Tambahan kepada IKIM. FM, Abang Suraji ada galakkan kami baca surat khabar Utusan Malaysia setiap JUMAAT sebab ada segmen Bahasa Arab kat situ. Lupa dah nama gurunya, tapi segmennya bagus.  Beliau juga galakkan kami tengok ART, channel bahasa Arab kat Astro. So, bolehlah tambah2 ilmu. 

BUKU-BUKU BEST

Biarpun dah tulis kat blog lagi satu, nak tulis gak list buku2 best untuk belajar Arab kat blog sini.
  1. Survival Arabic, by Fethi Mansouri & Yousef Alreemawi. Tuttle Publishing.
  2. Thifl Al Qoryah (Kampong Boy, versi Bahasa Arab) by Dato' Lat. Published by ITNMB (Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad)
  3. Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa oleh Wan Rusli Wan Ahmad (ada CD lagi..)
  4. Fasih Berbahasa Arab, Melayu & Inggeris oleh Mohamad Nor Amin Bin Samsun Baharun

Haa, bila dah beli buku kena la baca sokmo. Alhamdulillah saya ada semua 'kitab-kitab' di atas dan kalau ada sesapa nak pinjam ke boleh la contact saya. List - list kat atas ni tidak 'exhaustive' atau bukan muktamad. Masih banyak lagi buku2, majalah2 yang bagus2 untuk dirujuk. Jika pembaca sekalian ada cadangan buku, majalah, bolehlah letak kat bahagian komen. Saya boleh update blog ni untuk tambah list2 tu.

Setakat ini sahaja, dah penat pula....

To be continued.....




  


5 comments:

  1. Ingat lagi kelas Arab ust Zahazan kat Matrik UIA dulu.. menyeronokkan. Bagus blog kau raja.

    syed zulfhadlie

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Syed. Aku memang takkan lupa kelas kita dulu, together with Umam..

    Dari kelas Ustaz (yang buat ayam panggang tu) sampai la kelas Arab dengan Ustaz Zahazan. Best!

    Sekarang Ustaz Zahazan pun dah famous!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, suka baca pendapat saudara. Bila nak update lagi? Sudah bersawang blog ni. Sarang burung merpati pun ada......... Maaf, saya ambil artikel ini untuk perkongsian di fanpage saya bagi menjawab satu soalan yang susah saya hendak menjawabnya. http://www.facebook.com/arab.mykrk/posts/10150385869996010 Teruskan menulis. جزاكم الله خيرا كثيرا

    ReplyDelete
  4. salam tuan, saya juga mengagumi tunjuk ajar tuan di dalam blog mykrk.. sangat membantu dalam bahasa Arab... Tuliskan menulis juga.

    Saya agak sibuk tetapi akan kumpul idea untuk menulis lagi dari masa ke masa..

    ReplyDelete
  5. أفكار رائعة جدا
    بارك الله فيك

    ReplyDelete