AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM !!

Jom aaaa cakap Arab!!

Wednesday, December 7, 2011

Memilih kursus belajar bahasa Arab?

Alhamdulillah sekarang ni umat Islam di Malaysia sudah ramai yang mempunyai kesedaran untuk belajar bahasa Arab. Ini hadir dari kesedaran yang tinggi untuk kembali kepada agama. Bukan setakat umat Islam sahaja, ramai yang memeluk Islam juga dahagakan ilmu bahasa Arab ni.

Baik untuk ibadat (boleh tambah khusuk solat)
Baik juga untuk perniagaan dan komunikasi awam.

Maka, ramailah yang ingin belajar bahasa Arab dengan mengikuti kursus2 dan tuition dengan para ustaz/ustazah. Fenomena ini amat bagus kerana semakin ramai sedar pentingnya bahasa Arab ni. Pada pandangan saya, bahasa Arab ni sebenarnya dah boleh jadi tahap wajib dah untuk umat Islam kita ni blajar. Sebab faedahnya teramat banyak.

Tak percaya? tanyalah ustaz/ustazah yang mengajar anda!

Kursus yang ada di pasaran amat banyak, samaada private tuition dan sesi beramai2 di kelas2. Ada juga pusat bahasa yang menganjurkan perkhemahan bahasa Arab. Ye, memang menarik Tuan-tuan dan puan-puan! Sambil kita ber 'outdoor', kita ambil peluang menambah vocabulary dan kemahiran berbahasa dalam keadaan santai.

Tiada tekanan guru2 dan ibubapa.
Tiada tekanan peperiksaan.

Hanya keseronokan dalam belajar. Penting seronok dalam belajar bahasa neh. Kalau tidak seronok, memang tak best langsung belajar bahasa tambahan. Maka nanti akan keluarlah kenyataan ini (pernah membunuh semangat saya dahulu sebenarnya): ' eleh, bahasa inggeris pun tak bagus lagi, nak belajar bahasa-bahasa lain pulak'

Selain khemah bahasa, private tuition dan kelas2 dalam format bilik darjah/bilik kuliah, ada juga pusat bahasa yang membawa pelajar2nya ke negara Arab sendiri untuk merasai suasana dan budaya masyarakat Arab. Saya secara peribadi menyukai kaedah ini, kerana dengan melawat negara berkenaan dan bergaul dengan masyarakat Arab, sekali lagi unsur PAKSAAN memainkan peranan. Kita TERPAKSA untuk berkomunikasi dengan mereka nih, maka pembelajaran akan menjadi amat cepat dan 'masuk'.

Bukan setakat belajar bahasa formal mereka, tetapi boleh belajar:


  • ·         Bahasa pasar (bahasa colloquial) 
  • ·         Adat dan budaya mereka
  • ·         Cara mereka berniaga
  • ·         dan lain2 lagi

Dalam belajar bahasa di pusat2 bahasa atau dengan mana2 guru, adalah diingatkan agar memastikan perkara2 berikut ada dititikberatkan (mengikut pengalaman peribadi yang pernah mengikuti kursus2 bahasa yang pelbagai sejak tahun 2000)

Apa yang perlu dititikberatkan dalam kursus bahasa?


·   Adanya guru penutur asli (native speaker): Sangat membantu kita memahami bahasa, gaya bahasa dan budaya mereka secara langsung dari orang mereka sendiri. Cuma adakala ada masalah untuk mereka explain beberapa frasa atau istilah2 Arab di dalam bahasa Melayu. Jika guru itu fasih bahasa Melayu atau Inggeris, tidak ada masalah sebegini. Cuma jika guru hanya pandai berbahasa Arab, murid2 akan susah tangkap apa maksud sebenar perkataan Arab tuh (ye la kan, kena teka2 sendiri je sebab guru tak mampu explain dalam bahasa kita).
    
    Guru-guru ini juga akan terpaksa buat macam2 gaya, gerak tangan dan sebagainya untuk menyampaikan maksud sebenar dan murid2 terpaksa TEKA! Ditakuti apa yang murid faham tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh guru tersebut!
·         

      Ada juga guru berbangsa kita: Ini penting sebab untuk selesaikan masalah guru penutur asli yang kurang  mahir bahasa kita seperti point (1) di atas. Ustaz2 dan ustazah2 kita di Malaysia ini amat ramai yang boleh dan berkebolehan mengajar. Ustaz2 kita boleh explain dalam bahasa kita, perkataan2, istilah2 Arab yang kita tidak faham.



      Cumanya, sebaiknya guru2 tempatan ini menggunakan teknik PAKSAAN dalam kelas, dan gunakan bahasa Melayu dan Inggeris secara amat minimum. Hanya untuk explain kalimat2 yang susah diteka, baru boleh guna BM/BI. Selain itu, ustaz/ustazah2 kena 'buat-buat' tak faham bahasa Melayu. Itulah yang digunakan ustaz2/ustazah2 di INTIS (Institut Teknologi Ibnu Sina) pada tahun 2000, Alhamdulillah teknik PAKSAAN berjaya meningkatkan kecepatan berbahasa kami.

·         Ada ujian penentuan tahap? : Atau dalam Englishnya disebut 'Arabic Placement Test'. Sangat penting untuk buat ujian neh, sebab semua yang nak datang belajar datang dari pelbagai latar belakang dan kemahiran berbahasa.Saya pernah mengikuti satu kursus yang mana tiada ujian sebegini diadakan. 


     Natijahnya?
     
     Yang cepat belajar menjadi BOSAN dan yang perlahan menjadi TERTEKAN    dengan 'cepatnya' murid2 yang laju tadi! Akhirnya kursus tersebut tidak berjaya mencapai 100% objektifnya,walaupun ada beberapa aktivitinya yang baik dan berkesan untuk pelajar2.

    Bagaimana bentuk ujian ini? Bergantung kepada para guru dan sistem sekolah bahasa tersebut. Jika saya anjurkan kursus bahasa, saya akan buat satu lagi penilaian. 

     Temuduga!
     
    Sebab tak semua datang dengan keinginan mereka. Ada yang terpaksa. So, bila dah  temuduga mereka ni awal2, mungkin kita dapat tahu sedikit sebanyak attitude pelajar tersebut. Bagus untuk guru, supaya lebih perhatian atau syllabus khas boleh dirumus untuk golongan attitude rendah  sebegini. Berikan mereka masa dan pupuk minat di dalam diri mereka dengan cara dan sukatan pelajaran yang khas dan menarik.

·         Ada aktiviti luar?: Penting aktiviti luar ni, supaya belajar bahasa tidak sekadar di bilik kuliah. Jika asyik di bilik kuliah, pembelajaran menjadi terlalu kaku dan kurang santai. Sesekali buat la lawatan sambil  belajar kat universiti2 yang ada subjek Arab ke (kat UIA ke, KUIS, KUSZA, etc).Atau sekadar makan2 di restoran Arab sambil berbahasa Arab, Cubalah try cakap Arab dari nak tanya hidangan2 sampai la nak bayar.

Sampai sekarang saya masih ingat macamana nak cakap ' Semua ini aku yang belanja' dalam bahasa Arab pasar sebab Ustazah yang mengajar kami join sekali untuk makan. Maka pembelajaran berterusan dari kelas sampai turun makan! 

Pernah juga pensyarah saya bawa kami semua naik bas keliling Kuala Lumpur dan buat aktiviti berlakon sebagai pemandu pelancong berbahasa Arab. Seorang demi seorang dipaksa ke hadapan (di dalam bas) untuk explain tentang Kuala Lumpur (dalam bahasa Arab) dan seluruh kelas berlakon sebagai pelancong-pelancong Arab, wajib sediakan soalan dan bertanya dalam bahasa ARAB.

Amacam? Ada berani? :) 

HINT: Belajar bukan di kelas sahaja!! Biasakan bercakap dan berlatih di luar kelas sekali.   

·         Ok, yang lain-lain seperti makmal bahasa, sistem audio, bahan bacaan berbahasa Arab dan lain-lain adalah penting juga untuk membantu pemahaman. Tetapi pada pendapat saya, paling penting adalah kreativiti, kebijaksaan dan kesungguhan guru yang mengajar. Guru yang tiada 'passion' atau tidak begitu meminati mengajar boleh jatuhkan moral orang yang mengaji.

     Selamat belajar bahasa Arab!





1 comment:

  1. best! pandangan yang ikhlas =) kalau comments tu dipendekkan dalam beberapa topic lagi menarik...

    Ana Latifah Jamilah =)

    ReplyDelete